Friday 16 December 2011

Siangmu ibarat singa kelaparan...Malammu bersujud...mohon keampunan dariNYA....

Assalamualaikum wbt.....terasa kaku tarian jari2 di keyboard....sekian lama tidak menari nari...akhirnya malam ini...ALHAMDULILLAH....jari2ku melentok lentok lagi.....

Alhamdulillah....setelah sekian lama buku dibeli....tersusun rapi dirak....kerana...sifat manusia lebih mementingkan urusan dunia...dan akhirnya....buku itu terbaca jua...segala isi2 yang terkandung melangkah masuk ke dalam jiwa dan semoga tetaplah ia disana....

Buku mengenai seorang pahlawan sejati...pahlawan Islam yang baik hati...yang pemurah...walaupun berkuasa tapi kehidupannya tetap besederhana...matinya tidak meninggalkan harta...melainkan 4 dinar wang....kebajikan rakyat dibawah naungannya terjaga rapi...siangnya menunggang kuda memimpin tentera...malamnya hanya untuk ALLAH....

Kisah bermula apabila seorang pemuda kurdis dilahirkan...lahirnya seperti anak-anak biasa...langsung tiada tanda2 bahawa beliau bakal mencatat sejarah...beliau dibesarkan dengan ilmu agama dan ilmu ketenteraan....sewaktu zaman remajanya...beliau cekap menunggang kuda dan menyertai tentera berkuda..Ketangkasan beliau serta kewibawaan beliau dikagumi dan beliau dilantik menjadi panglima perang di Mesir...bermula dari panglima perang...beliau dilantik menjadi khalifah yang memerintah Mesir bagi menggantikan khalifah mesir yang telah menginggal dunia....

Nama beliau digeruni oleh tentera2 kafir....Semangat juang beliau untuk mengembalikan syiar Islam dimuka bumi serta mengembalikan maruah umat Islam yang kian lama terbeli oleh golongan kafir itu sangat tinggi...setiap tutur kata yang keluar dari mulutnya adalah berkisarkan JIHAD...Di medan perang...beliau kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya...Beliau sentiasa menunggang kudanya bergerak ke setiap penjuru medan perang sambil menyeru tenteranya berjuang KERANA ALLAH...

Beliau merupakan seorang khalifah yang bijak...bijak dalam mengatur strategi dalam peperangan tanpa membelakangkan tuntutan agama....Beliau sentiasa bersedia memeterai perjanjian gencatan senjata dengan tentera kafir...walaupon tentera kafir itu sering melupakan perjanjian yang mereka lakukan...beliau sentiasa sabar...beliau menghormati pihak musuh...andai perjanjian keamanan dipinta...beliau bersedia mengikuti...dan...sekiranya peperangan yang dipilih...beliau sentiasa bersiap siaga....

Satu persatu wilayah berjaya ditawan...beliau langsung tidak menghiraukan tawaran harta dan pangkat oleh pihak musuh...Apabila wilayah berjaya ditawan...beliau membebaskan tawanan dengan syarat membayar tebusan...beliau sentiasa berpesan kepada tenteranya supaya sewaktu berperang...jangan sesekali mencederakan kanak2...kaum wanita serta golongan tua...

Namanya semakin mashyur dan semakin meniti dibibir bibir rakyat jelata...tentera kafir mula bimbang dengan ketangkasan beliau berperang dan kebijaksanaan beliau mengatur stategi serta memimpin tentera....setiap pertempuran...pasti kemenangan berpihak pada beliau...Beliau pernah bernazar bahawa...beliau akan menakluk Baitul Maqdis suatu hari nanti....itulah kemuncak kejayaan beliau....

Perluasan kuasa beliau di wilayah2 beserta dengan penyebaran Islam...dengan bertambahnya wilayah yang berjaya beliau takluk...maka...bertambahnya bilangan Islam...dan...kuasa Islam semakin kuat...beliau berjaya menyatukan negara2 islam dibawah satu akidah...dan..dengan penyatuan ini...beliau berjaya menawan kembali Baitul Maqdis yang telah lebih kurang 80 tahun dijajah oleh golongan kafir itu...dengan tercetusnya perang Hittin....Jerusalam...akhirnya sekali lagi menjadi milik umat Islam...lebih kurang 80 tahun...tiada azan dikumandangkan...dan...buat pertama kalinya...azan kembali dikumandangkan di Al-Aqsa...Umat Islam akhirnya dapat melaksanakan solat di Al-Aqsa kembali....

Itulah dia...kisah pejuang Islam...Panglima Islam...Sultan Salahudin al-Ayubi..berkat keimanan dan keazaman yang tinggi...akhirnya beliau berjaya menakluki kembali bumi Anbiya itu.....

Hakikatnya...orang2 kafir sebenarnya takut dan gerun apabila umat Islam bersatu...mereka akan lemah apabila kita bersatu...kerana...bersatunya kita atas kalimah LA ILAHA ILLALLAH.....umat Islam dianugerahkan kekuatan jiwa....dan...salah satu strategi golongan laknatullah itu untuk menewaskan Islam ialah dengan menjauhkan umat islam daripada Islam....dan...itulah yang berlaku sekarang....ramai yang Islam hanya sekadar nama...Agama dilihat seolah-olah diwarisi...kerana ibu dan ayahnya beragama Islam...maka..anaknya secara automatik Islam....tanpa didalami erti Islam yang sebenar....

Hati ini tertanya tanya...bilakah pahlawan sehebat Sultan Salahudin al-Ayubi akan kembali...menyatukan kembali umat Islam didunia...dan melawan golongan kafir yang semakin lupa daratan...untuk mengembalikan maruah Islam yang sekian lama diperkotak-katikkan mereka...Hati ini tetap yakin...ALLAH swt telah berjanji...sebelum terjadinya kiamat...Islam akan kembali menaungi dunia...dan...hati ini yakin...janji ALLAH pasti akan berlaku...dan...pastinya...sejarah kemegahan Islam pasti akan berulang....Jangan kita dijahilkan oleh sejarah yang telah dijahilkan oleh mereka yang jahil...cubalah mencari sumber2 yang boleh dipercayai..dan sumber paling utama ialah Al-Quran....Bacalah sejarah2 Islam terdahulu...supaya kita tidak dibodohkan oleh mereka lagi...

No comments:

Post a Comment