Sunday 28 October 2012

What a big suprise!!!

ALLAH!!! Bertalu-talu persoalan mengetuk minda dan hati minta penjelasan...dahi yang selama ini boleh tahan juga dengan status anti-kedutnya hari ni sudah tidak dapat mengekalkan status tersebut....dan kepala dah mula terasa sengatan manja menunjukkan otak sedang bekerja sekuat mungkin....dan akhirnya...Ya...my mind need rest!

Persoalan apakah yang difikirkan kak yah tu sampai sakit2 kepala...macam beso je masalah.....
Yep...memang beso dan teramat beso...tapi tak ramai yang sedar....

Suatu masa dahulu....pernah terlintas dihati....
" Aku takkan mengundi suatu hari nanti kerana kulihat keadilan yang dicanang-canang akhirnya terkubur layu tanpa ditunaikan"
" Aku takkan mengundi suatu hati nanti kerana kulihat kedua-dua pihak pada fikiranku langsung tidak meyakinkan aku untuk memartabatkan kembali Islam..."
" Aku takkan mengundi suatu hari nanti kerana pada firasatku mereka telah menggunakan Islam untuk politik...dalam bahasa tepatnya..mereka "mempolitikkan islam"...

Dan disebabkan itulah....proses pendaftaran undi aku lakukan dalam keadaan yang teramat lewat...setelah dinasihati...dileteri dan berbagai "di" lagi...akhirnya...kaki ini melangkah jua ke Pejabat Pos Malaysia untuk mendaftar mengundi....walaupun dalam hati langsung tidak ada kesanggupan 100% namun kugagahi jua...Sesampainya di sana..sewaktu dalam proses...aku diperli oleh pegawai bertugas....hanya senyum je la aku mampu hadiahkan.....

Dan hari ini....aku dikejutkan dengan statement.... "kita  tak payah undi mana-mana pihak"
Kenapa??
Kerana...sistem undian yang dijalankan langsung tidak berasaskan Islam...Islam never thought us to live in democracy...Apa yang Islam ajar?? Bagaimana cara pemilihan pemimpin yang betul mengikut Islam??

Ok....cuba ingat kembali sirah Nabi Muhammad SAW dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin yang masih tersisa dalam ingatan....Nabi dipilih menjadi pemimpin oleh ALLAH SWT...kita tak boleh nak meragukan kebenaran tersebut...dan setelah Nabi SAW wafat...Umat Islam yang terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin berkumpul untuk bermesyuarat siapakah layak dilantik sebagai khalifah seterusnya...

Maka...tertaballah Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu seorang sahabat yang sentiasa membenarkan hata-kata Rasulullah SAW menjadi khalifah pemimpin Islam...dan...begitulah seterusnya...khalifah dipilih samaada daripada cadangan khalifah terdahulu atau melalui mesyuarat....

Ehh...tapi sejak bila pulak hilangnya sistem khalifah kat muka bumi ni sehingga ramai yang tak tahu ni??

Semenjak munculnya mustafa kamal atartuk (nak taip nama pon seram)...Siapa la pulak hamba ALLAH tu??

Mustafa kamal atartuk adalah orang yang dah menjatuhkan sistem pemerintahan khalifah sewaktu zaman turki uthmaniyah dan dia berjaya menghapuskan sistem khalifah sehinggakan ramai orang Islam hampir melupakan sistem tersebut...Begitulah secara ringkasnya bagaimana sistem pemerintahan khalifah ditelan zaman....



Bertalu lagi perkataan dilontar..." Tak payah mengundi sebab nanti syirik.."

" Haa??? Kenapa mengundi tu syirik??" - Soal diriku yang memang tipis ilmunya...

Kerana...jika dilihat...kita mencanang-canangkan Islam merupakan agama rasmi namun bagaimana dengan proses perundangan?? Undang-undang yang dijalankan adakah undang-undang Islam??

Jawapannya tak...Undang-undang yang sedang diamalkan sekarang adalah berasal daripada british...bukan undang-undang Islam yang berasal dari ALLAH SWT....

Kita lebih mengagung-agungkan undang-undang british daripada undang-undang ALLAH...Maka..kita telah mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain...mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain itulah namanya syirik...

Huuu...jadi...nak mengundi ke tak??Sedangkan 1 undian daripada kita amat bermakna dalam menentukan siapa peneraju seterusnya....

Seorang naqibah pernah berpesan...disebabkan adiknya ini tak tahu apa yang sepatutnya dilakukan..pesan naqibahnya...

"Pilih lah mereka yang mampu memartabatkan kembali Islam..."

Emmm...tapi...daripada penerangan seseorang itu...mengundi adalah syirik...syirik dosanya besar...Jadi...apa yang patut kita lakukan???

***Ketuk-ketuk minda...rotan-rotan hati...bekerja lebih keras dan dapatkan jawapannya...***


Friday 26 October 2012

Seriously....(u____u) I want to be one of them!

Labbaikallah humma labbaik..... 
Labbaikala sharikala kalabbaik...
Innal hamda wal ni'mata...
Laka walmulk laa syarikalaik....

HambaMu datang menyambut panggilanMU....
Ya ALLAH hambaMU datang menyahut panggilanMU...
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat....
Dan kerajaan adalah kepunyaanMU yang tiada sekutu bagiMu.....





ALLAHUAKBAR!!! 
Tanggal 10 Zulhijjah.....1 peristiwa besar dalam sejarah Islam tercatat rapi dalam Quran....Kisah pengorbanan 2 insan yang tabah dan sabar serta redha dengan segala perintah Tuhannya.....

"Wahai Tuhanku, Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar. 

Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Ananknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaALLAH, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar. 

Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya diatas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami). Serta Kami menyerunya, Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. 

Sesungguhnya perintah itu adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.  Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim! Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. " 

(As-Saffat, 37: 100-110)



Dan kini...Alhamdulillah...masih berpeluang untuk menghayati kisah pengorbanan insan mulia ini....tak lupa juga...disamping ibadah Qurban....seiring dengan itu...ibadah Haji juga berlangsung....

Tatkala ini...hati begitu terpanggil untuk menjejakkan kami kerumah Mu Ya ALLAH.....Sesungguhnya aku menunggu panggilan Agung dariMU disulamkan usaha untuk kesana.....Semoga ALLAH permudahkan....InsyaALLAH..... 

Pergi Haji....
Ertinya menuju ALLAH yang Esa....
Membawa hati dan diri yang hina...
Mengadap ALLAH untuk meraih keampunanNYA...
Disamping menyempurnakan rukun Islam kelima...





Miles away....ocean's apart....
Never in my sight but always in my heart...
The love is always there it will never die...
Only growing stronger a tears rose down my eyes....

I am thinking all the time...
When the day will come...
Standing there before You...
Accept this Hajj of mine...

Standing in ihram...making my tawaf..
Drinking blessings from Your well...
The challenge of Safa and Marwah...
Rekindless my Iman...

Oh ALLAH! I am waiting for the call...
Praying for the day when I can be near to Kaabah wall....

Oh ALLAH! Aku menunggu panggilan AgungMu Ya ALLAH.......







Tuesday 23 October 2012

The untold story..... (u____u)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang......

"4 hari jek???"
" Ha'a....4 hari jek...."
"Kenapa 4 hari jek??? "

ALLAH.....Itu rahsia ALLAH...hanya dengan kemampuan akal berfikir...hati berkata "mungkin ianya tak sesuai untuk diriku...dan pasti ada sesuatu yang lebih baik dari semua ini..."

Yep...Jika perhitungan dibuat berdasarkan bilangan hari...sememangnya sedikit..cuma 4 hari jek....tapi...jika perhitungan dibuat berdasarkan pengalaman....owhhh....sungguh...tidak dapat dinilai dan dihitung....

Hari hari berlalu terisi  penuh dengan pengalaman baru....setiap saat yang pergi membawa bersama kata hati yang sentiasa cuba mempositifkan diri....

Namun...hati yang selama ini kukuh bertampal akhirnya retak jua....kerana kata-kata yang terlalu tajam...pedihnya menusuk ke ruang kalbu...pilunya hanya ALLAH yang Tahu kerana Dialah yang Maha Memahami segala isi hati...setiap saat air mata menemani...

Akhirnya...keputusan dibuat...mungkin ini bukan untukku dan pasti ada hikmahnya disebalik semua ini...selamat tinggal pesakit2 ku....




========================================================================

Story that I will never forget InsyaALLAH...Selagi ALLAH masih meminjamkan kewarasan pemikiran....

Kisah bermula sewaktu aku menjaga seorang pesakit non muslim (chinese) beragama buddha....Disebabkan working hour nya 12 jam...from 0800 till 2000...jadi aku terpaksa menunaikan kewajipan solatku dirumah pesakit tersebut dengan izin dan pengetahuannya....Alhamdulillah...dia faham dan menghormati permintaanku....

Sewaktu aku bersiap siap untuk solat maghrib...tiba-tiba pintu bilik dikuak dan sepasang mata milik seorang anak berusia 4 tahun tertancap ke arahku...

"What are you doing?" - Tanya anak tersebut....
" I want to pray...." - Jawabku ringkas....

Lantas budak itu meninggalkan ku...dan ku ingt ianya berhenti setakat itu....

Kuasa ALLAH.....Malam berikutnya sewaktu aku bersiap-siap untuk solat...sekali lagi pintu dikuak...aku diam dan meneruskan persiapanku...Sewaktu ku laksanakan rukun solat ke2...ibu kepada anak tersebut memanggilnya dan menghalang anak tersebut daripada terus memerhatikanku....

Kuasa ALLAH....Walaupun aku tidak pernah mendalami bahasa cina...namun aku seolah olah faham point utama yang dibicarakan....

Anak tersebut begitu ingin tahu tentang aktiviti solatku...bertalu talu soalan diajukan kepada ibu dan neneknya...

"Kenapa kakak sembahyang mami???"
"Kenapa kakak sembahyang lain dari ah kong (atok) sembahyang mami???"
"Kenapa kakak sembahyang banyak kali tapi ah kong sembahyang sekali sekala mami???"

Kebetulan...bilik tempatku solat tingkapnya menghala kedapur...jadi...segala isi bilik tersebut boleh dilihat dengan jelas dari dapur....

Kreeekkkk.....bunyi kerusi ditarik....

Seusai memberi salam...memang kebiasaan masa akan diluangkan untuk wirid dan doa....sepertinya ada mata yang memerhati...ku toleh ke arah tingkap dan...Subhanallah....anak kecik tadi memanjat kerusi dan melihat gerak geriku....

ALLAH...tergamam....moga anak itu ingat apa yang dia lihat pada ketika itu dan moga suatu hari nanti hatinya terbuka untuk mencari kebenaran....


Monday 15 October 2012

TOlonglah faham wahai hati.....

ALLAH.....

Kenapa Ya ALLAH...
Kenapa harus ku berperasaan sebegitu...
Kenapa airmata ini senang benar mengalir...
Kenapa hati ini sepertinya dihiris hiris??

ALLAH......

Apakah aku lupa....
Bahawa segalanya terletak di tanganMu...
Apakah aku alpa...
Engkau yang menentukan segalanya??

ALLAH.....

Tolonglah faham wahai diri....
Dia hadirkan si dia bukan untuk dirimu sahaja...
Dia akrabkan engkau dengan si dia bukan bermakna dia adalah hakmu...
Dia letakkan si dia dihatimu bukan bermakna dia akan bersamamu selalu...

ALLAH....

Ingatlah wahai diri....
Dirinya milik ALLAH....
ALLAH berhak menentukan siapa yang bakal menghuni hatinya...

ALLAH....

Kerana ukhuwah pipiku basah...
Kerana ukhuwah rindu sering bertandang...
Kerana ukhuwah jua hatiku disakiti....

ALLAH....

*********Laju-laju airmata jatuh*********

Cekalkan lah hatiku wahai insan pendamba kasih.....




Sunday 14 October 2012

Kisahnya...Makcik Hidayah dan Pakcik Taufiq.... (^______^)

Agaknya dah berapa kali hati kita diketuk makcik Hidayah ye.... ♥

Ha?? Xde??

Yeke..rasanya kita yang xsedar makcik Hidayah datang mengetuk hati....sebab makcik Hidayah tu datang dalam pelbagai cara...kadang-kadang..bila kita kagum lihat keindahan ciptaan ALLAH tu pon salah 1 cara makcik Hidayah tau... ♥

Disebabkan tak sedar makcik Hidayah datang mengetuk...pintu hati langsung tidak terbuka untu
k terima kunjungan makcik Hidayah...

Kadang-kadang...pabila diketuk...pintu dibuka namun makcik Hidayah xkekal lama...kenapa agaknye ye??

Kerana pakcik Taufiq tak ikut sekali....

Kenapa macam tu??


Analogi senangnya...makcik Hidayah tu ibarat jalan...sesiapa yang disapa makcik Hidayah akan nampak dengan jelas jalan yang bakal dilalui...dan pakcik Taufiq tu pula ibarat kereta yang tangkinya dipenuhi minyak dan minyak tersebut tidak akan habis...sesiapa yang disapa juga oleh pakcik Taufiq, mereka itu akan dapat melalui jalan yang terbentang tu dengan kereta tanpa henti... ♥

Dan...yang paling bestnya...makcik Hidayah dan pakcik Taufiq ni harus dicari dan diundang...Jadi..setiap orang berpeluang untuk memiliki makcik Hidayah dan pakcik Taufiq ni... ♥

Macam mana nak cari dan kat mana nak dihantar undangan?

Carilah dan hantarlah undangan kepada PEMILIK makcik Hidayah dan pakcik Taufiq..♥ ♥ ♥