ALLAHUAKBAR!!!
Memang lumrah manusia...bersikap cemburu dan berhasad sesama manusia...tidak dapat menerima kenyataan apabila orang lain dilebihkan daripada dirinya...Dalam semua hal..pasti terselit rasa cemburu dalam hati...Memang kita tidak dapat lari dari perasaan itu...Namun...sejauh manakah tindakan kita untuk mengusir dan mengawal penyakit hati itu??
Dan...apabila hati mula berhasad...maka...prasangka buruk akan mengiringi...setiap yang dilakukan oleh orang yang dihasad pasti tidak betul dimata penghasad...dan..penghasad mula mencari kesalahan orang yang dihasad...Nauzubillah...Dimata si penghasad...tiada yang betul yang dilakukan oleh orang yang dihasad...Sehinggakan..seorang kawan mampu menikan kawannya dari belakang..sanggup mengkhianati sebuah persahabatan yang terjalin...Seorang adik atau kakak atau abang boleh meninggalkan kedua ibubapa dan keluarganya kerana hasad yang menggunung...Astaghfirullah...Tidak terniat untuk menuduh sesiapa...sekadar renungan buat diri sendiri...kerana..diri ini juga terkadang sentiasa dibelenggu sifat cemburu...
Rasullullah SAW pernah bersabda "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu"..ALLAHUAKBAR! Cuba bayangkan...berjutapun jumlah kayu yang kita letak diatas api...pasti..semuanya hangus terbakar...Kerana..kayu merupakan bahan bakar dan pasti akan kalah dengan bahangnya api..Itulah yang digambarkan dengan hasad...Kebaikan umpama bahan bakar dan apinya adalah hasad...Apabila bertambah bahan bakar..maka..makin maraklah api...Begitu jua dengan hasad..Apabila kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dihasad bertambah..maka...hasad dalam hati si penhasad makin marak....Apabila hati mula berhasad...walau berjuta kebaikan orang lakukan keatas kita..kita akan sia-siakan kerana perasaan hasad merajai hati...Nauzubillah...Hebat sungguh penangan penyakit hasad...
Namun...Alhamdulillah bagi mereka yang sedar akan kehadiran penyakit ini dan sedar akan keburukan sifat ini...Pasti ada yang terbelenggu dengan penyakit yang tiada ubatnya dihospital ini..Andai hati yang berkata-kata itu boleh ditukar ganti...Ingin sekali diri menukarkannya..mungkin serabut...dengan hasad yang selalu mengiringi...Benci dengan kata hati yang membawa kepada kebinasaan...
Namun...harus diingat..kunci utama adalah ALLAH..ALLAH yang memegang kunci hati hambaNYA...Oleh itu...setiap yang berlaku...berbalik lah semula pada ALLAH...Minta pertolongan dari Yang Maha Kuasa...InsyaALLAH...ALLAH Maha Mengetahui segala yang terang dan tersembunyi...cuma...ALLAH ingin melihat sejauh mana usaha kita untuk menjauhkan diri dari sifat itu...dan...sentiasa merasakan diri kita sangat lemah dan banyak kekurangan berbanding orang lain...Jangan pernah merasa diri kita lebih...InsyaALLAH...Semoga hati kita jauh dari penyakit binasa ini...
6 panduan yang telah digariskan oleh Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersikap sombong, angkuh, takabbur dan buruk sangka
"1- Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita. Kerana kanak-kanak belum melakukan banyak dosa.
2- Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat kepada Allah SWT berbanding dengan kita.
3- Jika bertemu dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan ketahui berbanding dengan kita.
4- Apabila bertemu dengan orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan mengetahui.
5- Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin disuatu ahari nanti dia insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6- Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah SWT."
Kitab Rayuan dan Janji Iblis Laknatullah
Credit to: Abdullah Kadir Hillaluddin[/b]
No comments:
Post a Comment