Thursday 8 September 2011

Menangisnya seorang KEKASIH di Padang Mahsyar untuk yang teramat dikasihi....SUBHANALLAH.....

Wahai seorang kekasih....
Telah lama kau dirindui....
Pilu sedih dalam kerinduan.....
Menangis pun tak berair mata.....
Namun hati tetap gembira....
Diakhirat kita kan bersua....
Dan....Syafaatmu menanti disana....


Assalamualaikum wbt....InsyaALLAH diluangkan masa sahabat-sahabat untuk membaca kisah pengorbanan yang mustahil dilakukan oleh insan lain...Jika sahabat-sahabat tidak berkesampatan...insyaALLAH dilapangkan masa untuk melihat dan menghayati sebuah video ringkas berkaitan pengorbanan RASULULLAH SAW untuk kita di akhirat kelak...insyaALLAH...saya ada sertakan bersama link untuk video tersebut di bawah...Andai ada yang salah atau kurang tepat..mohon sahabat perbetulkan...kerana...saya masih belajar.....

Dari Usman bin Affan, dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda: "Aku adalah orang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian ditanganku dan keseluruhan para nabi berada dibawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan membuang tanah yang ada dikepala mereka. Mereka semua akan berkata 'Kami bersaksi TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH, dan kami bersaksi MUHAMMAD ITU RASULULLAH'. Inilah yang dijanjikan ALLAH dan dibenarkan oleh sekalian rasul".

Ibnu Abbas r.a berkata: " Orang pertama yang dibangkitkan dari kubur di hari kiamat adalah Muhammad. Malaikat Jibril akan datang kepadanya dengan seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang membawa bersamanya pakaian-pakaian dari syurga".

BANGKITNYA KEKASIH ALLAH

Malaikat Jibril akan menyeru: " Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad?
Bumi menjawab: " Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikanku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-gunungku. Aku tidak tahu di mana kubur Muhammad.

Israfil bersuara: " Wahai roh yang baik! Kembalilah ke jasad yang baik!"

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan kedua, kubur mula terbongkar. Pada seruan ketiga, ketika RASULULLAH SAW berdiri, Baginda SAW membuang tanah di atas kepala dan janggut Baginda. Baginda SAW melihat ke kiri dan ke kanan. Baginda mendapati tiada lagi bangunan. Lalu..menangislah Baginda SAW...

Lalu...berkatalah Jibril kepada kekasih ALLAH itu: " Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu disisi ALLAH ditempat yang sangat luas".

Rasulullah SAW bertanya: " Kekasihku Jibril, hari apakah ini??

Jibril menjawab: " Wahai Muhammad! janganlah kamu takut. Inilah hari KIAMAT. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan ALLAH".

Rasulullah SAW lalu berkata : " Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!

Jibril bertanya, " Apakah yang kamu lihat dihadapanmu?

Rasulullah menjawab, " Bukan seperti itu pertanyaanku".

Jibril berkata lagi, "Apakah tidak kamu lihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?

Rasulllah menjawab, " Bukan itu maksud pertanyaanku, Aku bertanya tentang UMATKU..dimana PERJANJIAN mereka??"

Jibril lalu menjawab, " Demi keagungan Tuhanku, tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia sebelummu."

Baginda SAW menjawab, " Niscaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan MENSYAFAATKAN UMATKU."

Jibril berkata, " Tungganglah Buraq ini Wahai Muhammad dan pergilah kehadapan Tuhanmu.

ALLAH TA'ALA berfirman, " Demi Keagungan dan KetinggianKU, AKU kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya."
Maka kembalilah roh kepada jasad masing-masing.

70 umat berdiri dan umat Nabi Muhammad SAW hanya 1 umat. Mereka berdiri seperti kawanan belalang berterbangan.

Jibril as menyeru, " Wahai sekalian makhluk! Datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh ALLAH."

Umat-umat akan datang dalam 1 kumpulan dan tiap kali RASULULLAH berjumpa 1 umat, Baginda akan bertanya, " DIMANA UMATKU??"

Jibril as berkata, " Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir"

Apabila Nabi Isa datang, Jibril as menyeru, "Tempatmu!". Maka Jibril dan Nabi Isa as menangis.

Baginda SAW bertanya, " Kenapa kamu berdua menangis??"

Jibril as berkata, " Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"

Baginda SAW bertanya lagi, " Dimanakah umatku?"

Jibril menjawab," Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.

Insan Agung itu terus menangis mendengar berita mengenai umatnya.

Lantas, Insan Mulia itu terus bertanya tentang umatnya yang melakukan dosa.

Jibril menjawab, " Lihatlah mereka Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad SAW melihat mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada Baginda SAW dengan apa yang ALLAH telah muliakannya. Mereka gembira kerana dapat berjumpa dengan Rasulullah dan Rasulullah juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW lalu berjumpa dengan umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru, " Wahai Muhammad!"

Baginda SAW bersabda, " Wahai umatku". Lalu, berkumpullah umat Nabi Muhammad di sekeliling Baginda sambil menangis.

Ketika mereka dalam keadaan sedemikian, ALLAH SWT menyeru Jibril supaya memberitahu kepada Nabi Muhammad SAW bahawa umatnya akan dihadapkan di hadapan Tuhan yang Maha Kuasa.

Jibril kembali ke arah Baginda SAW dalam keadaan menangis dan memberitahu seruan ALLAH itu. Rasulullah berpaling ke arah umatnya dan berkata, " Wahai umatku, Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk di hadapkan di hadapan ALLAH."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab ALLAH. Mereka di pimpin oleh Nabi SAW menuju kehadapan ALLAH. ALLAH SWT berfirman, " Wahai hamba-hambaKU, dengarlah akan kamu baik-baik kepadaKU akan tuduhan apa-apa yang diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!

Maka, diamlah segala hamba-hamba ALLAH itu. Dan..ALLAH berfirman," Hari ini KAMI akan membalas setiap jiwa dengan apa yang mereka kerjakan. Hari ini, AKU akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKU, dan AKU akan mengazab sesiapa yang derhaka padaKU. Wahai Jibril, pergi ke arah Malik, Penjaga Neraka dan katakan padanya, Bawakan Jahanam! Lalu, Jibril pergi membawa berita kepada Malik.

Malik lantas bertanyakan umat Nabi Muhammad..Jibril menjawab, " Mereka dihadapan ALLAH".
Malik bertanya lagi, " Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan MEREKA SEMUA ADALAH UMAT YANG LEMAH?"
Jibril berkata, "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

RASULULLAH MEMBELA UMATNYA

Di Padang Mahsyar, orang yang mula-mula berusaha ialah Nabi Ibrahim as. Nabi Ibrahim berkata, " Tuhanku dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."

Allah Taala berfirman: " Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya."

Nabi Musa as datang dan menyeru, " KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"

Isa as datang di dalam keadaan menangis dan menyeru, " Tuhanku… Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru: " Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku…. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"

Saat matahari didekatkan dengan kepala makhluk-makhluk yang dihadapkan di hadapan ALLAH, Ibnu Abbas r.h. berkata: " Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit."

Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisan Penghulu segala Nabi itu. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?”

Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.”
“Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.”

Lalu Nabi SAW pun menangis.

Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”

Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?”

Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”

Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin."

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: " Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah."

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahnya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”

Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”

Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya.”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?”

Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.”

Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Di Padang Mashyar, mimbar para nabi di dirikan dan mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW. Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?”

Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: " Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.

Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: " Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka."

Nabi Nuh as berkata: " Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!"

Nabi Ibrahim as berkata: " Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!"

Nabi Musa as berkata: " Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!"

Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: " Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."

Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: " Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."

Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW. Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW.
" Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: " Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!"

P/S: SUBHANALLAH....semoga terkesan wahai sahabt-sahabat sekalian dengan kasih sayang RASULULLAH SAW, Nabi Junjungan kita umat akhir zaman....Di ambang sakaratul maut, Baginda masih mengingati umatnya...Sehinggakan sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya..Baginda SAW berkata supaya ditimpakan kepadanya segala sakit sakaratul maut asalkan bukan pada UMATNYA...Menurut Saidina Ali, "Sesungguhnya Rasulullah ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan aku meletakkan telinga, aku dengar Rasulullah berkata: "Umatku, umatku." Dan...di akhirat kelak...Baginda masih berkorban untuk umatnya tercinta...Baginda tidak memohon untuk dirinya seperti Nabi-nabi lain...tetapi Baginda SAW memohon untuk UMAT nya...iaitu kita semua.....SUBHANALLAH....Begitu hebat pengorbanan seorang Insan Agung untuk kesejahteraan pengikutnya...Betapa kasih dan sayang nya Baginda SAW terhadap kita..Baginda menangis sehingga kering air mata mengenangkan nasib umatnya yang berdosa..yang lari dari jalan kebenaran...Sehinggakan...di titian SIRAT, Baginda SAW masih berusaha untuk menolong umatnya dari terjun ke dalam Jahanam...Apabila Baginda SAW melihat umatnya merangkak meniti titian SIRAT dan di saat tergelincir dari titian yang tersangat halus itu, Baginda SAW memegang dan menarik tangan umatnya itu sambil berdoa kepada ALLAH SWT " TUHAN! SELAMATKAN MEREKA! TUHAN! SELAMATKAN MEREKA!"


SUBHANALLAH....semoga sahabat semua dapat "sesuatu" daripada kisah ini....Kenanglah sahabt sekalian kasih sayang Baginda SAW terhadap kita..Mungkin kita tidak mungkin dapat membalas segala pengorbanan dan kasih sayang Baginda SAW...Namun...cukuplaa sekadar menjaga dan mengamalkan amanah yang ditinggalkan oleh Baginda SAW....Sesungguhnya..Baginda SAW tidak meninggalkan emas dan dinar untuk umatnya...TETAPI...Baginda SAW mewariskan AL-QURAN dan SUNNAH sebagai bekalan hidup untuk umatnya tercinta....



Rujukan:
http://myp0s.wordpress.com/2010/09/08/rasulullah-menangis-di-padang-mahsyar/
http://kisahteladan.info/rasulullah/menangis-di-padang-mahsyar
http://abumusa2.blogspot.com/2006/04/peristiwa-kewafatan-rasulullah-saw.html

Link untuk video pengorbanan dan kasih sayang RASULULLAH SAW..

http://www.youtube.com/watch?v=zy0QSK6esLI&feature=related

No comments:

Post a Comment