Friday 20 April 2012

Selamat kembali sahabatku!

SUBHANALLAH! 
ALHAMDULILLAH! 
ALLAHUAKBAR!


Tiada kata  meniti dihati melainkan Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar! sewaktu telinga khusyuk mendengar setiap bait bait kata yang dialun dan tatkala mata tetap utuh menatap penuh sayu jasad yang indah ciptaanNYA...

Selamat kembali sahabatku kepada fitrah kehidupan manusia.....



"Barang siapa dikehendaki ALLAH akan mendapat Hidayah, Dia akan membukakan dadanya untuk menerima Islam. Dan barang siapa dikehendakiNYA menjadi sesat, Dia jadikan dadanya sempit dan sesak, seakan-akan dia sedang mendaki ke langit. Demikianlah ALLAH menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman" (Al-An'am, 6:125)

Ta'aruf bermula.....Saling berkenalan....dan tibalah giliran sahabat baruku....dan...apabila dia melafazkan namanya...semua terkejut dan mata statik menatap wajah jernihnya....


Soalan pertama yang keluar, "Kenapa awak masuk Islam?"


Dijawabnya lancar dan tenang..." Saya dikelilingi oleh orang-orang Islam...tapi bukan mereka yang menyebabkan saya masuk Islam...Sedari sekolah menengah, majoriti kawan saya ialah muslim...dan saya sentiasa melihat mereka solat 5 kali sehari...dan...jujurnya..saya sendiri xyakin dengan agama yang saya pernah anuti dulu...Pernah saya terfikir...saya ke gereja setiap hari ahad je...apekah tuhan saya available hari ahad je? Secara logiknya...tuhan bersesuaian dengan sifatnya iaitu sentiasa ada sepatutnya kenalah sentiasa ada untuk hambanya...Tapi...kenapa tiap hari ahad je semua serbu pergi gereja? Tapi saya tengok muslim...setiap masa Tuhannya sentiasa ada....setiap hari mereka boleh bercakap dengan Tuhan mereka...dan paling menyeronokkan...mereka boleh bercakap 5 kali sehari dengan Tuhan mereka"


Allahuakbar! Besar nikmatMU pada hambaMU Ya ALLAH.....Hati kian tersentuh mendengar bait- bait ceritanya....


Lantas soalan ke 2 menyapa, " Family ok x? parents?"


Dengan senyuman manis...beliau menjawab, " 2 tahun saya sembunyikan keislaman saya....kalau balik cuti..saya akan pretend macam saya masih seperti dulu..cuma sikap saya yang berubah...saya lebih banyak membantu mak dan mak memang agak pelik...."Solat macammana?" " Solat....kadang2 saya terpaksa qada semua waktu solat untuk sehari kerana saya bimbang mereka melihat saya bersolat..saya solat dibelakang pintu secara sembunyi..dan setiap hari ahad, saya dipaksa ke gereja...saya benci dengan semua tu!"


Tahun 2010...detik bersejarah...tercerainya kasih seorang ayah untuk anaknya....Dugaan hebat yang dihadapinya...." Saya dah xtahan dengan keadaan saya dan saya beranikan diri untuk berterus terang....pada mulanya..ibu dan ayah hebat menentang...Namun...naluri seorang ibu....ibu saya masih terima saya...tapi ayah........ayah saya putuskan pertalian dengan saya"


Allahurabbi......


"Macammana keadaan awak sekarang? Dalam Islam?"


" Saya rasa tenang...ibarat terlepas dari 1 beban yang betul betul menyesakkan dada....walaupun selepas keislaman saya diketahui keluarga pelbagai ujian yang datang....namun...saya tenang....tenang kerana saya yakin...ALLAH sentiasa ada bersama saya....Inilah kehidupan yang saya cari selama ini...saya rasakan hidup saya seperti dipandu dan saya tahu matlamat hidup saya...saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang saya lakukan dan antara keluarga dan Islam...PASTILAH ISLAM YANG SAYA DAHULUKAN....


Subhanallah.....jentiklah hatiku untuk berperasaan sepertinya Ya ALLAH..Jadikanlah aku sepertinya YA ALLAH.....Hebat! 1 perasaan yang hebat...tidak dapat dibeli dan dicari dimana-mana melainkan dengan kefahaman terhadap Islam dan keyakinan dengan sebenar benar yakin terhadap ALLAH......





"ALLAH pemberi cahaya kepada langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNYA seperti sebuah lubang yang tidak tembus yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu didalam tabung kaca dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkahi iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak ditimur dan tidak pula dibarat yang minyaknya saja hampir - hampir menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya, ALLAH memberi petunjuk kepada cahayaNYA bagi orang yang Dia kehendaki, dan ALLAH membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nur, 24:35)

No comments:

Post a Comment