Sunday 14 October 2012

Kisahnya...Makcik Hidayah dan Pakcik Taufiq.... (^______^)

Agaknya dah berapa kali hati kita diketuk makcik Hidayah ye.... ♥

Ha?? Xde??

Yeke..rasanya kita yang xsedar makcik Hidayah datang mengetuk hati....sebab makcik Hidayah tu datang dalam pelbagai cara...kadang-kadang..bila kita kagum lihat keindahan ciptaan ALLAH tu pon salah 1 cara makcik Hidayah tau... ♥

Disebabkan tak sedar makcik Hidayah datang mengetuk...pintu hati langsung tidak terbuka untu
k terima kunjungan makcik Hidayah...

Kadang-kadang...pabila diketuk...pintu dibuka namun makcik Hidayah xkekal lama...kenapa agaknye ye??

Kerana pakcik Taufiq tak ikut sekali....

Kenapa macam tu??


Analogi senangnya...makcik Hidayah tu ibarat jalan...sesiapa yang disapa makcik Hidayah akan nampak dengan jelas jalan yang bakal dilalui...dan pakcik Taufiq tu pula ibarat kereta yang tangkinya dipenuhi minyak dan minyak tersebut tidak akan habis...sesiapa yang disapa juga oleh pakcik Taufiq, mereka itu akan dapat melalui jalan yang terbentang tu dengan kereta tanpa henti... ♥

Dan...yang paling bestnya...makcik Hidayah dan pakcik Taufiq ni harus dicari dan diundang...Jadi..setiap orang berpeluang untuk memiliki makcik Hidayah dan pakcik Taufiq ni... ♥

Macam mana nak cari dan kat mana nak dihantar undangan?

Carilah dan hantarlah undangan kepada PEMILIK makcik Hidayah dan pakcik Taufiq..♥ ♥ ♥













No comments:

Post a Comment