Sunday 28 October 2012

What a big suprise!!!

ALLAH!!! Bertalu-talu persoalan mengetuk minda dan hati minta penjelasan...dahi yang selama ini boleh tahan juga dengan status anti-kedutnya hari ni sudah tidak dapat mengekalkan status tersebut....dan kepala dah mula terasa sengatan manja menunjukkan otak sedang bekerja sekuat mungkin....dan akhirnya...Ya...my mind need rest!

Persoalan apakah yang difikirkan kak yah tu sampai sakit2 kepala...macam beso je masalah.....
Yep...memang beso dan teramat beso...tapi tak ramai yang sedar....

Suatu masa dahulu....pernah terlintas dihati....
" Aku takkan mengundi suatu hari nanti kerana kulihat keadilan yang dicanang-canang akhirnya terkubur layu tanpa ditunaikan"
" Aku takkan mengundi suatu hati nanti kerana kulihat kedua-dua pihak pada fikiranku langsung tidak meyakinkan aku untuk memartabatkan kembali Islam..."
" Aku takkan mengundi suatu hari nanti kerana pada firasatku mereka telah menggunakan Islam untuk politik...dalam bahasa tepatnya..mereka "mempolitikkan islam"...

Dan disebabkan itulah....proses pendaftaran undi aku lakukan dalam keadaan yang teramat lewat...setelah dinasihati...dileteri dan berbagai "di" lagi...akhirnya...kaki ini melangkah jua ke Pejabat Pos Malaysia untuk mendaftar mengundi....walaupun dalam hati langsung tidak ada kesanggupan 100% namun kugagahi jua...Sesampainya di sana..sewaktu dalam proses...aku diperli oleh pegawai bertugas....hanya senyum je la aku mampu hadiahkan.....

Dan hari ini....aku dikejutkan dengan statement.... "kita  tak payah undi mana-mana pihak"
Kenapa??
Kerana...sistem undian yang dijalankan langsung tidak berasaskan Islam...Islam never thought us to live in democracy...Apa yang Islam ajar?? Bagaimana cara pemilihan pemimpin yang betul mengikut Islam??

Ok....cuba ingat kembali sirah Nabi Muhammad SAW dan zaman Khulafa' Ar-Rasyidin yang masih tersisa dalam ingatan....Nabi dipilih menjadi pemimpin oleh ALLAH SWT...kita tak boleh nak meragukan kebenaran tersebut...dan setelah Nabi SAW wafat...Umat Islam yang terdiri daripada golongan Ansar dan Muhajirin berkumpul untuk bermesyuarat siapakah layak dilantik sebagai khalifah seterusnya...

Maka...tertaballah Saidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu seorang sahabat yang sentiasa membenarkan hata-kata Rasulullah SAW menjadi khalifah pemimpin Islam...dan...begitulah seterusnya...khalifah dipilih samaada daripada cadangan khalifah terdahulu atau melalui mesyuarat....

Ehh...tapi sejak bila pulak hilangnya sistem khalifah kat muka bumi ni sehingga ramai yang tak tahu ni??

Semenjak munculnya mustafa kamal atartuk (nak taip nama pon seram)...Siapa la pulak hamba ALLAH tu??

Mustafa kamal atartuk adalah orang yang dah menjatuhkan sistem pemerintahan khalifah sewaktu zaman turki uthmaniyah dan dia berjaya menghapuskan sistem khalifah sehinggakan ramai orang Islam hampir melupakan sistem tersebut...Begitulah secara ringkasnya bagaimana sistem pemerintahan khalifah ditelan zaman....



Bertalu lagi perkataan dilontar..." Tak payah mengundi sebab nanti syirik.."

" Haa??? Kenapa mengundi tu syirik??" - Soal diriku yang memang tipis ilmunya...

Kerana...jika dilihat...kita mencanang-canangkan Islam merupakan agama rasmi namun bagaimana dengan proses perundangan?? Undang-undang yang dijalankan adakah undang-undang Islam??

Jawapannya tak...Undang-undang yang sedang diamalkan sekarang adalah berasal daripada british...bukan undang-undang Islam yang berasal dari ALLAH SWT....

Kita lebih mengagung-agungkan undang-undang british daripada undang-undang ALLAH...Maka..kita telah mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain...mempersekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain itulah namanya syirik...

Huuu...jadi...nak mengundi ke tak??Sedangkan 1 undian daripada kita amat bermakna dalam menentukan siapa peneraju seterusnya....

Seorang naqibah pernah berpesan...disebabkan adiknya ini tak tahu apa yang sepatutnya dilakukan..pesan naqibahnya...

"Pilih lah mereka yang mampu memartabatkan kembali Islam..."

Emmm...tapi...daripada penerangan seseorang itu...mengundi adalah syirik...syirik dosanya besar...Jadi...apa yang patut kita lakukan???

***Ketuk-ketuk minda...rotan-rotan hati...bekerja lebih keras dan dapatkan jawapannya...***


No comments:

Post a Comment