Sunday 4 November 2012

Journeys in life..... (u____u)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.....

[Serabut! serabut! serabut!!! Cangkul betolll laaa....~ ] --- Trademark famous cerita favorite...

Allahuakbar!!!
TarbiyahMu datang lagi dan sesungguhnya tarbiyahMu never ends....Setiap hari ada sesuatu yang ditarbiyahkan...dan tarbiyah itu adalah ibarat tangga untuk terus melangkah ke stage seterusnya dalam usaha menggapai syurgaMu...[ Syurga ALLAH...sentiasa meniti dibibir...hasrat terpendam untuk memiliki..namun sejauh mana usaha??]



Dan kali ini....datangnya dalam bentuk pilihan...2 pilihan yang sama namun berbeza.....Apa yang sama dan apa yang beza???

Dalam suatu masa...hati diketuk bertalu talu untuk membuat pilihan terbaik dalam hidup....yang sama tentang pilihan tersebut ialah 2-2 memerlukan tenaga dan upaya untuk melaksanakannya....yang bezanya pula ganjaran dan tempat redeem ganjaran tu berbeza.....

Pilihan pertama.....ALLAH hadiahkanku seorang nenek tua yang terkadangnya agak banyak kerenah untuk dijaga...Penatnya hanya ALLAH yang tahu....dan dalam pekerjaan ini....mungkin tiada yang akan menolongku dan I need to stand by myself alone! [The most worrying problem is money]

Pilihan kedua....ALLAH hadiahkanku peluang pekerjaan....bukan 1 tapi 2...1 nya di taska....sebagai pengasuh taska....2 nya sebagai homecare nurse...Penat dan lelah pastinya ada....peluh jantan pasti menitis jua....dan mungkin pilihan ini ramai yang menyokong dan sentiasa memberikanku kata-kata semangat untuk teruskan pekerjaan yang mungkin pada mereka dianggap mulia....

Dua hari...hati kusut memikirkan apa yang harus dipilih...Pendapat dari setiap orang berjaya dikutip namun walau sebesar gunung pandanganku dapat...pilihan tetap terletak ditanganku.....

*********************************** Dan ******************************************

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.......

Aku memilih pilihan pertama.....Walaupun aku terpaksa melakukannya sendiri...Walau segala kepahitan harus ku tempuh sendiri....Walau langsung tiada ganjaran dunia...namun...hatiku lebih tenang dengan pilihan pertama....

Pilihan kedua??? Biarkan ianya berlalu persis angin...rezeki semuanya datang dari ALLAH...mungkin ada yang lebih baik untukku...Sesungguhnya daku hanyalah pelakon yang hanya melakonkan watak-watak yang telah diarahkan dan penghujung kepada kisah hidupku bukan digenggamanku...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui....

Soal duit??? Itu bukan urusanku....kerana aku yakin...rezeki ALLAH tidak pernah putus untuk hambaNya....Andai terputusnya rezeki dari ALLAH...pasti nyawaku jua terpisah....

[What goes around will come around]...That's call karma....

Dan ALLAH pun ada karmaNya...."Sesiapa yang berbuat baik pasti akan dibalas dengan kebaikan...sesiapa yang berbuat jahat pasti akan dibalas dengan kejahatan"...

Mungkin didunia ramai yang memandang sebelah mata pada pilihanku...mungkin ada yang kata "aku hanya membazirkan masaku"...Biarkan mereka berkata-kata kerana memang sifat manusia suka menilai....kerana aku yakin....balasan ALLAH lagi lumayan daripada balasan wang ringgit dan harta....Padaku...ianya ibarat rahmat ALLAH yang datang bergolek...cuma mata hati harus bijak menilai....umur seseorang dipanjangkan....pasti ada hikmahnya...pasti ada tarbiyahnya...untuk diri kita sendiri...

Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan untuk kita mencari bekal untuk meneruskan perjalanan menuju destinasi....Jadi...tak salahkan kalau ditempat persinggahan kita berusaha gigih untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi for the next travel untuk ke destinasi....Sungguh berbeza tempat persinggahan dan tempat berehat...dunia bukan tempat berehat tapi tempat persinggahan....

[Teruskan melangkah dengan kekuatan, sokongan dan dorongan dariNYA.......]





No comments:

Post a Comment